Wednesday, April 29, 2009

Trengganu..2008

Kesana...jalan-jalan!Ini replika masjid sekitar dunia.Banyak lagi..nanti kelapangan akan dikongsi!!
Makanan di sana agak murah,sedap...dan bersih.Kesana dalam ketika umat ISLAM masih menyambut AIDILFITRI...sepanjang perjalanan ada saja..'open hse'di kalangan ADUN-ADUN meraikan penduduk setempat.

Sempat bertemu Datuk Shabery Chik,ketika menginap di AWANA KIJAL,ketika itu beliau menuju ke ruang sarapan,saya baru selesai.

'Selamat pagi,datuk',ucap saya!!'Selamat pagi',jawab Datuk Shabery.'
'Sudah sarapan?' tanya Datuk.
'Sudah' jawab saya...

Itu saja..ringkas.Tapi beliau memang ringkas,tiada protokol langsung!

Oh,itu di AWANA KIJAL..,Di Primula Beach...,saya bertemu dengan Dato Seri Najib,MB Ahmad Said,Dato Ismail Sabri.Ketika itu sibuk-sibuk ttg pengumuman bertanding untuk pemilihan UMNO!!

Bertemu di lobby saja...dari jauh (taklah jauh sangat).Tapi sempat lambai pada pemimpin-pemimpin ini!

Itulah...kenangan.Hah,saya sempat merasa Nasi Dagang pada penghujung lawatan saya di Trengganu.Itu pun di hotel saya menginap.Nak rasa yang 'pure' orang kampung masak tak ada chance sebab banyak kedai tutup,masih mood beraya kan!




Tuesday, April 28, 2009

Perlukah untuk ucapkan selamat tinggal jika...

1)Setiap kali sebelum tidur kita sentiasa mendoakan kesejahteraan pada dirinya.
2)Setiap kali bila kita bangun dari tidur...selain dari ALLAH SWT,dialah yang kita sebut namanya.
3)Setiap kali sesudah sembahyang,AL-FATIHAH ku sedekahkan padanya,agar sentiasa diredhai ALLH SWT
4)Setiap malam sms yang dikirim,menjadi teman tidur...
5)Setiap ruang yang ada....ingatan terhadapnya...sentiasa ada..
6)Setiap kali memandu...plat nombor kereta lain..seakan mengeja-eja namanya.
7)Dan lebih parah...setiap kali rasa rindu terhadapnya...bagaimana perlu diberitahu?

Dia tidak tahu.....langsung tidak tahu yang aku sudah ada 'rasa' yang mula bercambah dalam hati ini.
Bagaimana perlu diberitahu bila kelak nanti...kehilangan pasti berlaku.Dia sahabatku....,malu aku...walau pun langsung satu tanda aku tidak tunjukkan yang aku ada 'rasa' pada dia......,lebih-lebih lagi dia sudah berpunya...!Aduh,boleh jadi gila dibuatnya...

Boleh berkongsi kasih tak? Mesti jawab si wanita itu,'langkah mayat aku dulu'!.
Tetapi lelaki itu bukan hak seorang wanita,kan hak ALLAH......

Aku pun tak berniat nak curi hak sesiapa....percaya dengan izinNYA saja....Ada jodoh bersatulah kami...aku sendiripun punya 'dateline'......Selepas dateline,kalu keadaan masih macam ni...aku kena 'teruskan hidup'....

Monday, April 27, 2009

Malam ini seribu satu rasa yang 'melekat'dlm hati . Walau dah cukup dewasa nak 'mengawal' rasa2 ini..tapi bohonglah kalau aku katakan yang ada ketika aku terbabas juga.Apa yang perempuan macam aku boleh lakukan?Hmm....tarik nafas panjang-panjang...dah hembuskan perlahan-lahan.
Alamak,tapi itu cuma seketika saja.Bila rasa tu datang balik.....dah jadi tak keruan...!!Jawabnya,hari ini aku balik ofis sedikit awal dari biasa...,mandi,solat dan terus zzzz...
untuk seketika sementara Magrib!!Rasanya inilah terapi yang terbaik.

Tapi apa puncanya aku jadi sebegini?
Kadang-kadang bila terfikir bertuah juga sebab dalam satu hari,pelbagai perasaan datang menyinggah,bukan semua dapat peluang macam ni.Aku dari kalangan yang terpilih!Ha,ha,ha..

Aku sebenarnya...:
1)Bosan bila dah nak masuk dateline untuk hantar BORANG INCOME TAX.
2)Marah bila si polan itu buat meeting tergempar tanpa nerujuk aku dahulu!Hai,langgar sempadan nampak!!
3)Benci bila baca tak habis-habis pemimpin nak jatuhkan pemimpin(ini sbb aku baca blog)
4)Sedih bila pasangan muda datang ke block pejabat aku,menjual kuih dari pintu ke pintu!Mangsa dari penutupan kilang.Untuk mencari rezeki...mereka tak malu.
5)Gembira sebab aku mampu tolong 'borong'kuih tu...,aku tolong bangsa aku..tolong kerana ALLAH SWT.
6)Keliru bila ada teman yang tetiba berubah angin dari A ke D ,ini kira angin dia dah tak menentu.Baik2 elakkan diri dari dia klu tidak meletup susah nanti.
7)Yang ini paling aku rimas...sebab dah lama sidia tak bertanya khabar.Nak telefon dia,hissh takut mengganggu pulak.Tapi aku ada hak kan? Tapi biarlah dia dulu,Perlu privasi mungkin.
Dan aku pun nak privasi jugak...nak nilai balik mana letaknya kedudukan aku nih!

Sunday, April 26, 2009


Hampir ke penghujung APRIL..apalagi yang aku mahukan dari hidup?
Ada nekad untuk mencuba sesuatu yang ternyata diluar bidang tugas.Punya blog sendiri?Ha...pasti tertawa rakan-rakan aku kalau diketahui.Dahlah,beri peluang untuk aku 'berkhayal' dalam dunia baru nih.
Tapi apa kepakaran aku bila jari-jemari mula menekan huruf untuk menulis?Tentang apa aku ingin menulis?
Cerita apa aku nak kongsi?Entah....yang pasti,apa saja yang terlintas....akan aku berkongsi dengan kalian.
Apa saja?Ya....apa saja.Politik,Semasa,Cinta,Kerjaya,Adat Budaya...,tapi boleh ke?Apa salahnya,bukan ada pemberi markah diluar sana yang mampu menilai tulisan aku....Tak suka baca blog lain.