Monday, April 27, 2009

Malam ini seribu satu rasa yang 'melekat'dlm hati . Walau dah cukup dewasa nak 'mengawal' rasa2 ini..tapi bohonglah kalau aku katakan yang ada ketika aku terbabas juga.Apa yang perempuan macam aku boleh lakukan?Hmm....tarik nafas panjang-panjang...dah hembuskan perlahan-lahan.
Alamak,tapi itu cuma seketika saja.Bila rasa tu datang balik.....dah jadi tak keruan...!!Jawabnya,hari ini aku balik ofis sedikit awal dari biasa...,mandi,solat dan terus zzzz...
untuk seketika sementara Magrib!!Rasanya inilah terapi yang terbaik.

Tapi apa puncanya aku jadi sebegini?
Kadang-kadang bila terfikir bertuah juga sebab dalam satu hari,pelbagai perasaan datang menyinggah,bukan semua dapat peluang macam ni.Aku dari kalangan yang terpilih!Ha,ha,ha..

Aku sebenarnya...:
1)Bosan bila dah nak masuk dateline untuk hantar BORANG INCOME TAX.
2)Marah bila si polan itu buat meeting tergempar tanpa nerujuk aku dahulu!Hai,langgar sempadan nampak!!
3)Benci bila baca tak habis-habis pemimpin nak jatuhkan pemimpin(ini sbb aku baca blog)
4)Sedih bila pasangan muda datang ke block pejabat aku,menjual kuih dari pintu ke pintu!Mangsa dari penutupan kilang.Untuk mencari rezeki...mereka tak malu.
5)Gembira sebab aku mampu tolong 'borong'kuih tu...,aku tolong bangsa aku..tolong kerana ALLAH SWT.
6)Keliru bila ada teman yang tetiba berubah angin dari A ke D ,ini kira angin dia dah tak menentu.Baik2 elakkan diri dari dia klu tidak meletup susah nanti.
7)Yang ini paling aku rimas...sebab dah lama sidia tak bertanya khabar.Nak telefon dia,hissh takut mengganggu pulak.Tapi aku ada hak kan? Tapi biarlah dia dulu,Perlu privasi mungkin.
Dan aku pun nak privasi jugak...nak nilai balik mana letaknya kedudukan aku nih!

No comments:

Post a Comment