Wednesday, November 11, 2009

SEGALANYA SUDAH JELAS............

sudah lama tidak bercerita............

Lepas ini akan ada cerita -cerita terbaru dari aku...,tunggu ya..

Friday, September 11, 2009

Leceh kan kalau ada perasaan rendah diri........

Dulu akulah yang beri segala semangat,pedoman,galakan..malah ada kala bersengkang mata membantu...hingga aku demam dan sakit....tak pernah pun dihargai..

Bukan tidak ikhlas...niat aku sesiapa pun jangan persoalkan tapi aku ni kan manusia,apalah salahnya bila sekali-sekala ungkapkanlah pertanyaan yang bisa buat aku dihargai...
Bila sudah awan dicapai,aku yang rumput ni mereka lupakan.Hanya layak dipijak sebelum sampai ke destinasi.

Hukum alam mungkin kan?Biarlah mereka jauh pergi dengan seribu cita-cita indah..aku doakan kebahgiaan....aku harap inilah yang mereka idamkan.Bila punya kejayaan janganlah lupakan 'aku' ya...Aku cuma inginkan sedikit ingatan dalam ingatan kamu semua...

Aku keliru sebenarnya melihat kejayaan mereka kini....,untuk bersorak kah...atau sekadar menggeleng kepala!!Mereka disanjung kini...dipuja,diberi segala macam kata-kata semangat...
tidak perlukan nasihat aku dah..........,bila aku tegur tak diterima dah.Pesanan yang dihantar jangan haraplah akan dibalas.......aku di sudah spt 'keretapi yg ketinggalan'.

Oh sahabat.....semuga kamu berubah kerana bila saat aku letakkan nokhta,nama kalian pasti aku terlupa...........

Monday, August 24, 2009

Dah..tak perlu nak mengharap lagi...

August...,dateline aku sebenarnya pada hujung July.

Dalam aku nak lupa dia,kemudiannya datang balik...dengan macam-macam keadaan.Secara kebetulan atau tidak..hisshh..menyampah betul aku dibuatnya.Dahlah tu...ada perkara berkaitan dia yang aku terpaksa tanggung atau bawa dalam tempoh tertentu...semua ni secara kebetulan,tak rancang langsung...

Baru-baru dia naik angin dengan aku..SEOLAH-OLAH aku ni suka nak tekan dia...
Amboi..sedapnya nak marah orang.Macamlah dia tu bagus sangat. Bila dah jadi macam tu..apalagi,akupun malas nak layan dengan perangai penuh EMO dia tu.Tak matang langsung...,macam bebudak yang ada masalah manja yang belum habis....
Hisssssh..aku punya fed-up sampai aku ignored dia terus,lantak kamu ler..lagipun kamu siapa nak tegur aku..,belum jadi laki lagipun..

Lepas tu pujuk balik,giler ke apa..,tapi aku akui sedikit sebanyak aku pun termakan pujuk jugalah. Bila tiba hari istimewa dia aku susun strategi...menjadi dan dia hargai ku...,bila giliran aku...langsung tiada ucapan dari dia..,apa maksud semua tu...

Aku faham la sangat,maka inilah pengakhiran cerita aku..aku dah redha dari awal lagi..
Aku saja yang teringat padanya..sungguh,namun dia dah letak kepentingan aku pada tahap terakhir dalam hidupnya.Perlu aku tunggu lagi.........?Untuk apa?Dia dah ambil mudah pada perasaan aku kini..tak macam dulu..

Makanya..inilah realiti hidup aku...memang tak akan berjumpa dengan sesiapaun yang boleh dikatakan jodoh...Aku dah malas menaruh impian lagi..So hidup harus diteruskan...

Wednesday, June 17, 2009


Dah pertengahan June...hampir ke waktu yang ditunggu-tunggu.Waktu dimana aku patut meneruskan hasrat hati atau....biarkan ia berlalu seperti kisah yang sudah-sudah.

Setelah lama dirinya menyepi,maka dia dalam tempoh aku mencongak-congak untuk melupakannya terus atau tidak...,pada saat akhir itu aku telah berjaya sebenarnya..dengan izin ALLAH.Aku bersyukur kerana aku mampu menangani kekususutan ini dengan penuh sabar dan pasrah.ALLAH pastinya memberi ganjaran kepada mereka yang bersabar.Apa yang aku pohon setiap kali sesudah solat..hanyalah agar dirinya terus direstui ALLAH,beri hidayah dan pertunjuk dariNYA,murahkan rezekinya,berikan kebahagiaan padanya.
Aku juga minta petunjuk dariNYA agar leraikan perasaan ini padanya jika itu hanya sekadar satu lagi tipu helah,satu lagi permainan perasaan.Semua itu berjalan dengan baik tanpa ada langsung dendam atas kehilangannya.Aku sudah dapat terima kenyataan yang semua ini akan berakhir...
tetapi..sehinggalah baru-baru ini..dia muncul kembali.Ya ALLAH,apa maksudnya ini............
lalu..aku kira inilah saat yang amat payah untuk aku beri keputusan.Rasa marah padanya hilang....Alasannya dia sibuk,maka itu aku dapat terima...,tapi masalahnya disini..apa yang akan jadi pada niat aku untuk lupakannya...,kenapa bila aku berniat..dia pasti datang kembali.Permainan apa ni?Apa yang ALLAH ingin sampaikan?Apakah dia....orangnya yang aku tunggu selama ini?Apakah dia puncanya aku belum ketemu mana-mana jodoh yang sesuai sebelum ini?Apakah dia puncanya hubungan serius aku dengan yang sebelum gagal?Ya ALLAH jika dialah orangnya...permudahkan hubungan kami,restuilah hubungan kami.

Namun..disebalik 'kegembiraan' dengan kepulangannya aku terima kesan kehilangan seorang sahabat yang sentiasa 'menyenangkan'aku tatkala si dia hilang! Dia sentiasa menceriakan aku dengan cerita-ceritanya,sentiasa kami berbincang tentang pelbagai perkara. Sahabatku ini langsung tidak tahu yang aku benar-benar punya masalah..tetapi bila berpeluang bergurau dengannya,hilang sebentar semua itu..
Entahlah kenapa segala sms dan pesanan aku tinggal,tidak dibalasnya.Kenapa dengan dia?Kenapa disaat aku menyambut kepulangan kekasih hati..sahabat aku menghilang diri pula.Mungkin ada sesuatu yang berlaku buat dia rasa benci pada aku.Jarang dia begini..aku percaya ada sesuatu yang dia dengar tentang aku lantas tanpa usul periksa...dia membuat keputusan sendiri.Biarlah..aku sudah biasa disalah erti...,sudah selalu..maka aku tidak ingin ambil pusing lagi..terpulanglah padannya.Aku tetap aku...diam bukan bermakna aku mengaku tentang apa yang didengar itu betul..tetapi aku percaya kebenaran akan berada di pihak yang benar. Siapa yang boleh tandingi kuasa ALLAH.Namun...aku sedekahkan juga AL-FATIHAH padanya,agar dia sedar,kerana aku masih sayangkan persahabatan ini..

Mungkin inilah dugaanku,dihantarnya pulang kekasih hati dan dalam masa yang sama dibawa pergi..sahabat sejati.Takpalah...semuanya berlaku pasti punya maksud selindung!!

Wednesday, May 20, 2009











Laut tenang pantai pun bersih,

Tempat berkelah di hari minggu,
Lagu merdu simfoni kasih,
Cinta sayang irama merdu.

Dipadang pasir menunggang unta,
dipacu laju tarikkan tali,
kasihku bagai lalang melata,

ditebas dipijak tumbuh melata.


Daun nipah talinya ijuk,

atap dicucuk si anak dara,
sejuk hatiku bila dipujuk,

sesejuk bumi Kutub Utara.


Nasi minyak hidangan tetamu,
tepung pelita karipap laksa,
lama menanti bertukar jemu,

lama bercinta bertukar seksa.


Rambut hitam ikal mayang,
pipi montel putih berbedak,
kalau hati sudah sayang,
air keruh hilang keladak.


Menunggu masak padi menguning,
makan pulut dengan kelapa,
cintamu bagai tasik yang hening,
menunggu kocak kasih menyapa.


Tinggi menjulang si pokok petai,

rumput dipangkal habis dipangkas,
cintamu bagai jejak dipantai,

disapu ombak ....tidak berbekas

Thursday, May 7, 2009



Rumah Banglo 2 tingkat ini dibina lebih dari 50 dahulu.Bentuk asal,tiada langsung baikpulih dilakukan,kecuali dicat semula.
Keluasan tanah lebih kurang hampir 2 ekar.


Dahulunya keliling bungalow ini dikelilingi oleh pokok getah.
Cuba kalian lihat pada lantai,kayu tangga dan dapur yang dibina!Unik kan?Kalau di Penang atau di KL,ku kira untuk disewa saja pasti belasan ribu sebulan...

Tuan tanah sekarang generasi yang ke3 memiliki tanah ini.Menurutnya.dulu sewaktu kecil mereka beramai-ramai tinggal disitu...,keluarga besar,tapi kini masing-masing punya haluan sendiri..




Gambar pertama,bukan hobi..tapi menggambarkan betapa meja dipejabat begitu 'tersusun rapi'.Itu ketika aku belum punya hobi..tapi setelah ada,ianya masih begitu..semak!!!!He.he..

Hmm....semuanya bermula tanpa dirancang...
Memmang mengasyikkan!
Tapi kini sudah kurang...aku ada hobi yang lain pula...berblogging!!!Sejak awal tahun ni,mula bertukar...
Himpunan koleksi sekitar 200 naskah.Not bad ...