Wednesday, June 17, 2009


Dah pertengahan June...hampir ke waktu yang ditunggu-tunggu.Waktu dimana aku patut meneruskan hasrat hati atau....biarkan ia berlalu seperti kisah yang sudah-sudah.

Setelah lama dirinya menyepi,maka dia dalam tempoh aku mencongak-congak untuk melupakannya terus atau tidak...,pada saat akhir itu aku telah berjaya sebenarnya..dengan izin ALLAH.Aku bersyukur kerana aku mampu menangani kekususutan ini dengan penuh sabar dan pasrah.ALLAH pastinya memberi ganjaran kepada mereka yang bersabar.Apa yang aku pohon setiap kali sesudah solat..hanyalah agar dirinya terus direstui ALLAH,beri hidayah dan pertunjuk dariNYA,murahkan rezekinya,berikan kebahagiaan padanya.
Aku juga minta petunjuk dariNYA agar leraikan perasaan ini padanya jika itu hanya sekadar satu lagi tipu helah,satu lagi permainan perasaan.Semua itu berjalan dengan baik tanpa ada langsung dendam atas kehilangannya.Aku sudah dapat terima kenyataan yang semua ini akan berakhir...
tetapi..sehinggalah baru-baru ini..dia muncul kembali.Ya ALLAH,apa maksudnya ini............
lalu..aku kira inilah saat yang amat payah untuk aku beri keputusan.Rasa marah padanya hilang....Alasannya dia sibuk,maka itu aku dapat terima...,tapi masalahnya disini..apa yang akan jadi pada niat aku untuk lupakannya...,kenapa bila aku berniat..dia pasti datang kembali.Permainan apa ni?Apa yang ALLAH ingin sampaikan?Apakah dia....orangnya yang aku tunggu selama ini?Apakah dia puncanya aku belum ketemu mana-mana jodoh yang sesuai sebelum ini?Apakah dia puncanya hubungan serius aku dengan yang sebelum gagal?Ya ALLAH jika dialah orangnya...permudahkan hubungan kami,restuilah hubungan kami.

Namun..disebalik 'kegembiraan' dengan kepulangannya aku terima kesan kehilangan seorang sahabat yang sentiasa 'menyenangkan'aku tatkala si dia hilang! Dia sentiasa menceriakan aku dengan cerita-ceritanya,sentiasa kami berbincang tentang pelbagai perkara. Sahabatku ini langsung tidak tahu yang aku benar-benar punya masalah..tetapi bila berpeluang bergurau dengannya,hilang sebentar semua itu..
Entahlah kenapa segala sms dan pesanan aku tinggal,tidak dibalasnya.Kenapa dengan dia?Kenapa disaat aku menyambut kepulangan kekasih hati..sahabat aku menghilang diri pula.Mungkin ada sesuatu yang berlaku buat dia rasa benci pada aku.Jarang dia begini..aku percaya ada sesuatu yang dia dengar tentang aku lantas tanpa usul periksa...dia membuat keputusan sendiri.Biarlah..aku sudah biasa disalah erti...,sudah selalu..maka aku tidak ingin ambil pusing lagi..terpulanglah padannya.Aku tetap aku...diam bukan bermakna aku mengaku tentang apa yang didengar itu betul..tetapi aku percaya kebenaran akan berada di pihak yang benar. Siapa yang boleh tandingi kuasa ALLAH.Namun...aku sedekahkan juga AL-FATIHAH padanya,agar dia sedar,kerana aku masih sayangkan persahabatan ini..

Mungkin inilah dugaanku,dihantarnya pulang kekasih hati dan dalam masa yang sama dibawa pergi..sahabat sejati.Takpalah...semuanya berlaku pasti punya maksud selindung!!

No comments:

Post a Comment